Saturday, September 27, 2008

SeMuaNya KeRaNa Dia....

semuanya kerana dia....huh..semunya kerana anak kesayanganku...BEN 10...minta betul dia,kuat betul penangan BEN 10 ni...demi anak tersayang aku sanggup laku kan apa saja untuk dia..begitu juga ayahadam,apa saja untuk anak kesayangan nya..baju ni tetiba jer aku nampak di bazar raya...huh,tetiba rindukan anak kesayangan nak tetiba teringat yg dia cukup minat BEN 10..sp aku beli...tentu dia suka..tak sabar nak tunjuk kan kat dia..kalu dulu aku mmg tak tahu apa tu BEN 10...berapa kali ank ku sebut,baru lah aku tahu dia adalah watak kartun di astro..hihihi...maklumlah kat umah aku d KL ni mana lah ader astro kan...hihihi
**adam...apa saja untuk adam ibu akan lakukan yg terbaik kerana ibu ngan ayah sayangakan adam...





Thursday, September 4, 2008

TaTaPaN BuaT Yg TeRSaYaNg...

BUAT INSAN YG AKU SAYANGI...



ASSALAMMUALAIKUM....HAI AYAH...SIBUK KER..?IBU HARAP AYAH SIHAT2 SAJA KAT SANA..ANAK MACAM MANA..?IBU KAT SINI SIHAT AYAH...DAH 4 ARI RUPANYA KITA BERPOSER ARI NIH..KEJAP JER KAN YAH...TAPI SIB BAIK IBU SEMPAT POSER ARI NI SEBELUM CUTI MAI...HIHIHI..NAMA PUN POMPUAN NORMAL KAN...

AYAH....UNTUK PENGETAHUAN AYAH,IBU SUNYI KAT SINI...BALIK KEJA KAT UMAH TAK ADER ORG,BERBUKA PUN SORANG...KALU SEMPAT BARU LAH DAPAT BERBUKAN NGAN ALONG...IBU INGAT LAGI,KALU DULU BALIK KEJA LEPAS AMIK ADAM TANDA KASIH SAYANG KITA TU,IBU DAH SIBUK KAT DAPUR MASAK JUADAH BERBUKA..INGAT LAGI IBU,TIAP ARI IBU AKAN TANYA AYAH..."AYAH NAK MAKAN APA BERBUKA ARI NIH"...AYAH MMG KALU BOLEH NAK IBU MASAK,WALAUPUN KADANG2 AYAH LEBIH RELA AJAK IBU MAKAN KAT KEDAI BILA DARI LIHAT IBU PENAT...SEBENARNYA IBU RINDU SGT NAK MASAK UNTUK AYAH...NAK MASAK AYAM MASAK KICAP KEGEMARAN AYAH...AYAH MMG TAK CEREWEK DALAM BAB MAKAN...APA YG IBU MASAK TU LAH AYAH MAKAN WALAUPUN JUADAH ARI TU HANYA AYAM GORENG DAN SAMBAL TEMPOYAK...BETUL YAH..IBU RINDU NAK MASAK UNTUK AYAH....

AYAH...TAHUN NI TAHUN YG BETUL2 MENGUJI KASIH SAYANG DAN KESETIAAN KITA...KITA DI UJI DENGAN JARAK...KEKADANG IBU TERASA KALAH PADA UJIAN NI TAPI AYAH SELALU INGAT KAN IBU.."SABAR IBU,INI UJIAN UNTUK KITA"...KERANA SABAR DAN KERANA AYAH LAH IBU REDHA DAN TABAH HADAPI SEMUA NI...JAUH DENGAN AYAH,DENGAN ANAK BETUL2 MENCABAR RINDU IBU YAH...JUJUR IBU KATAKAN,IBU SUNYI RINDU DAN SEPI KAT SINI....KALU DULU PENAT PUN IBU TAK RASA BILA AYAH DAN ANAK DEPAN MATA...MELAYAN KERENAH ADAM CUKUP BUAT IBU PUAS YAH...TAPI SEKARANG IBU DAH TAK RASA SEMUA TU...

AYAH...KAT SINI KALU BERBUKA MMG IBU TAK LALU NAK MAKAN...KEKADANG BELI MAKANAN KEGEMARAN PUN TAK HABIS YAH...TAK TAHU KENAPA...MUNGKIN MAKAN SORANG KOT YAH...BILA LAH KITA DAPAT BERBUKA MCM DULU2 KAN...BERBUKA SAMBIL LAYAN ADAM MAKAN...C KECIK KESAYANGAN KITA TU,TIME BERBUKA TIME TU LAH DI SIBUK BUAT PERANGAI NAK MENARIK PERHATIAN KITA...RINDUNYA LAH DETIK TUH...

TAPI YAH..AYAH JGN BIMBANG...IBU OK SEBENARNYA...IBU CUBA KUAT KAN SEMANGAT IBU UNTUK HADAPI SEMUA NIH...IBU NAK KITA MACAM DULU..SUSAH SENANG KITA SUAMI ISTERI...OKLAH YAH..IBU PUN DAH NGANTUK...ISSSHHH...AIRMATA NI DARI TADI NGALIR YAH...IBU NANGIS YAH...SEDEY BILA INGAT KAN BALIK MASA KITA BERSAMA SAMBUT PUASA...TAK APA...KITA KENA KUAT KAN YAH...JGN GOYAH...ORG GOYAH SETAN SUKA...

IBU RASA CUKUP SAMPAI SINI...HATI IBU DAH SEBAK DAN MATA IBU NI TAK HENTI MENGALIRKAN TITISAN RINDU BUAT AYAH DAN ANAK...HANYA SATU PESAN IBU JAGA ANAK BAIK2....DAN IBU NAK AYAH TAHU,IBU SAYANGKAN AYAH DAN SAYANGKAN KELUARGA KITA...

WASSALAM....

DARI KESAYANGANMU:-
IBU
K.LUMPUR
12.10TGHMLM

Wednesday, September 3, 2008

RiNDu......

Ari ni dah 3 ari berada di bulan Ramadhan...dah 3 ari juga lah aku berposer...entah kenapa poser kali ni macam lain jer...pada hal poser d bulan ramadhan juga..
semalam buka poser dua org jer...persiapan berbuka buat sorang,bosan nya lah...sunyi rasa...kalu dulu balik keja dah sibuk kat dapur menyediakan juadah berbuka..seronok ditambah dengan kalutnya anak lelaki aku...sibuk nak tolong kat dapur...masa tu lah nak tu nak ni...kekadang geram juga,time sibuk ni lah dia buat kerenah...adussshhhh...mmg rindu...seronok melayan kerenah dia...time jauh cam ni lah bia teringat balik kerenah dia RINDU usak kata lah...mmg rindu sesangat...
kalu dulu,siap juadah sibuk tunggu ayah balik,tak cukup juadah masakan sibuk nak ker baza ramadhan...saja,time poser ni lah tekak ni mcm nak makan semua...
tapi sekarang dah tak rasa...sahur tak ader mereka,ke bazar ramadhan tak ader mereka berbuka pun tak ader mereka..RINDU nyaaaaaa.......ayahhhhhh rindunya ibu.....
Tuhan nak uji aku nih..kuat ker aku hadapai ujian kecil ni...insyallah,akan aku hadapi nya dengan serela mungkin...doa aku agar keluarga aku akan kembali bersama macam dulu...aminnnnnnn.....

Monday, August 18, 2008

SeGaRKaN KeMBaLi CINTA Di HaTI ISTERI....

1) Ingat Kenangan Indah..

Walaupun usia perkahwinan semakin bertambah,perkerjaan semakin sibuk tidak bermakna anda harus melupakan saat2 indah bersama dengan isteri suatu ketika dulu..Sesekali apa salahnya anda mengimbas kenangan sewaktu bercinta,berkunjung ke tempat pertemuan pertama,malah menonton kembali filem yang pernah menberi kesan anda berdua..Selain itu sentiasa lah semat di ingatan tarikh ulangtahun dan tarik lahir isteri..sekiranya tidak memberi sebarang hadiah,cukup dengan mengingati tanggal2 penting sudah cukup buat seorang wanita..

2) Kata-kata Sayang...

Perlu diketahui oleh kaum suami bahawa seorang wanita itu amat sukan kan perkataan yang melambangkan kasih sayang suami terhadap dirinya..Ingat,kasih sayang itu ampuh buat menyegarkan cinta isteri.Kalau diibaratkan dengan bunga,kata sayang itu ibarat air yg menyejukan dirinya.Jadi ucapkan lah kembali ayat2 cinta " I LOVE U"..

3) Peka terhadap isteri

Kepekaan melanbangkan keperihatinan,jadi peka lah terhadap perkembangan mahupun perubahan isteri baik dari segi sikap mahupun penampilan dirinya..

4) Hidupkan suasana romantik..

Hadiahkan isteri mawar merah sekali sekala..Biarkan dia berasa dirinya begitu dicintai oleh suaminya..Tak salah juga jika anda membawa isteri makan malam berdua..Hidupkan suasana romantik sebegini selepas berkahwin..

Masa berdua duaan sebegini penting untuk menyegarkan kembali cinat isteri.Ia menandakan cinat suami tak pernah berubah dan kemesraan itu masih ada..suasan romantik ini juga adalah salah cara menghargai isteri

5) Bahagikan Waktu

Perkerjaan seringkali menjarakkan hubungan antara suami dan isteri..Suami selalunya komited terhadap perkerjaan kerap menghabiskan banyak masa denagn pekerjaan nya...Ini kadang kala menimbulkan perasaan kesal di hati isteri..

Jadi biar sesibuk mana pun,curilah masa untuk bersam isteri dan anak2..Jangan biarkan anak2 dan isteri terpinggir jauh dari kehidupan anda akibat kesibukan..Bahagikan waktu bersama sama rata untuk mereka..Apa lah ertinya kesenangan hidup sedangkan anak dan isteri kurang kasih sayang suami dan bapa..





Wednesday, August 13, 2008


Suka cium dahi isteri……..suami yang romantis.
Suka cium pipi isteri……..suami yang penyayang.
Suka cium mulut isteri…….suami yang gelojoh.
Suka cium tengkuk isteri……..suami yang mata keranjang.
Suka cium telinga isteri………suami yang sensitif.
Suka cium leher isteri………suami yang penyabar.
Suka cium buah dada isteri……..suami yang suka bermanja.
Suka cium tangan isteri…….suami yang hipokrit.
Suka cium ketiak isteri…….suami yang menerima isterinya seadanya.
Suka cium (tut - censored) isteri……suami yang pemalu.
Suka cium punggung isteri…….suami yang suka bergurau.
Suka cium kaki isteri…….suami yang terlalu menghormat isteri.
Tidak suka cium mana-mana bahagian badan isteri……suami yangmementingkan diri.
@@-->>ciuman adalah satu terapi kemesraan yg berpanjangan...

Tuesday, August 12, 2008

TipS RoMaNTiK KaN SuaSaNa UmaH TaNGGa..

"Nak panjang pendek2 kan..nak pendek panjang2 kan"...bermaksud..kalau nak hubungan suami isteri tu berpanjangan..kalau gaduh ke apa ke..pendek-pendekkan rajuk..buangkan marah…cepat berbaik semula..
Bercuti berdua……rasanya ramai yang tak gemar kalo tanpa anak-anak kan…..tapi kekadang ia dapat ‘refresh’ kembali hubungansuami isteri…
Tinggalkan nota ringkas untuk isteri/suami. Lekat kat cermin solek atau depan pintu. Bolehlah tulis apa-apa jer tak semestinya I love you atau I miss you saja. Contohnya kalau suami pergi ke pasar dan tak nak bangunkan isteri bolehlah tinggalkan nota macam ni “Abang keluar kejap. Sayang jaga diri bebaik. I love you…”. Supaya bila isteri bangun tak ada lah tercari-cari suami sampai kat luar rumah tu.
Kalau jalan-jalan berdua pegang tangan macam orang tengah bercinta dan jangan lupa peluk pinggang.

Setiap kali berdoa selepas solat, doakan DIERATKAN SEERAT-ERATNYA perhubungan kita dgn suami.. sebab biasanya kita berdoa agar keluarga bahagia je.

Ayat terakhir ALI IMRAN : lebih kurang gini.. YA AIYYUHALLAZI NA’AMANUSBIRU WASOBIRU WAROBITU WATTAQULLAHALA’ALLAKUM TUPSIRUN.. (Sila rujuk Al-Quran utk bacaan yg betul). Kita lafazkan acapkali sambil pejamkan mata dan bayangkan muka orang-orang yang kita sayang.. suami dan anak-anak. Atau..semasa mereka tido kita ucapkan dan hembus ke ubun-ubun mereka yang sedang nyenyak


CaNTiKNya BuNga Nie..aYaH,BiLa NaK BaGi BuNga Nie Kat Ibu Ekk...





bunga2...cantiknya ko..banyak2,bunga ni lah yg paling aku sker...bau pun wangi..bentuk cantik..tapi berduri..kena ingat tu

ayahhh..bila nak bagi bunga ni kat ibu....hihihihi

Sunday, August 10, 2008

BiLa DaPaT PeLuaNg BerSaMa..SaaT iNi KaN Ku RinDui...







sesekali bercuti mmg tak akan aku sia2 kan...khamis jumaat aku amik peluang menghantar anak kesayangan aku ke sekolah..syonok layan kerenah anak kesayangan aku nih..tgk tu,sibuk nak cuba chopstick..bijak ya amat..melayan keletahnya mmg menyeronokkan..masa yg pendek ni di gunakan sepenuh nya..








comey tak..ibu comey anak mesti lah ensem....hihi...besar dah anak kesayangan aku..waktu ni kat satu kedai makan masakan cina plus thai kat East Coust Mall di kuantan..adam makan boleh tahan,tapi dia mmg tak berap sker makan bihoon but dia sker makan mee...rindunya lah nak peluk dan cium dia...







ni kekasih kesayangan aku..ayah adam,rindunya kat mereka..ayah adam ni apa aja untuk kami d tunaikan..mekasih ayah adam..ayah adam ibu rrindu kat ayah adam ngan adam...masa 4 ari bersama ayah ibu rasa kejap jer kan...dah ibu kena balik KL semula...ayah adam jaga diri baik2 k....nanti kita jumpa lgi ekk

10/08/2008..SeLaMaT uLaNgTaHuN Yg Ke-62 BuaT eMaK TeRSaYaNg...








SELAMAT ULANGTAHUN..SELAMAT ULANGTAHUN..SELAMAT ULANGTAHUN UNTUK EMAK..SELAMAT ULANGTAHUN..
HEPI BESTDAY TO YOUUU..HEPI BESTDAY TO YOUUU...HEPI BESTDAY TO MY MOTHER..HEPI BESTDAY TO YOUUUUUU.....


10-08-2008...ari ni bestday mak aku yang ker 62thn..moga dipanjangkan umo dan d murah kan dengan rezeki...tak sangka kejap jer masa berlalu,dah 62thn umo mak kan..dulu mak gemokkk sangat sekarang dah slim..yer lah kan dah 62thn..tak apa mak janji mak sihat kan..yer lah,bleh tgk cucu mak yang makin bertambah nie..esok lusa mak nak dapt cucu baru..tahun depan cucu lagi..cucu dari akak,nanti dulu k..hihihi...nak jaga badan dulu..hahahha..(TAK KOSERRRR)..bagi can adik2 beranak pinak dulu..hihih...akak kan akak,kena dulukan adik2



mak..,walaupun kita tak berapa nak rapat tapi ketahuilah mak akak sayangkan mak...kerana apa..?kerana mak kan mak akak...dalam dunia ni taka der yg bleh ganti tempat mak gelaran mak dalam hati akak ni..kerana apa..?kerana mak kan mak akak...





## sejarak mana hubungan kita ia tak kan putus..hanya kematian yg akan memisah kan kita...kerana apa..?kerana AKAK SAYANGKAN MAK...

Monday, August 4, 2008

Yg SeMPaT Di RuaNg KaMeRa HandPhone..




ni lah antara yg sempat di rakam masa menenangkan hati ketika bas nak balik KL lambat sampai...janji berkoba kobar jam 8pg tapi dekat jam 10 baru nampak batang idong..eh,bas mana ader idongkan..kepala bas..hihihi...posing ayu semunya..konon lah..sebenarnya dalam hati tu tak sabo nya nak balik...bukan tak sker,tapi ader agenda lain..cam aku agenda nak balik kuantan lah apa lagi..hihi...mahu tak,dah 2 minggu tak jumpa anak kesayangan aku tu...call ari2 tak sama tau ngan jumpa..jumpa bleh felok,bleh syium..bleh blah..hahahahhaah...kenangan ni...p sana ramai juga lah warga HKL yg tak kenal jadi kenal...korang kalu jumpa aku tak tegur,dan dan aku tepuk dahi korang,korang jgn marah k...aku ader migrin..hihihi..


posing2,rupanya baru lah nampak comey juga aku nih...hihi...syuuutttt....jgn bagitahu suami aku tau nanti dia jeles...dia kalu aku nampak muda mmg ader sikit jeles..hihi...yer lah sapa tak sayang bini kan...plak dapat bini comey mcm aku kan...hihihihi....buat ayah :-jgn risau lah,ibu tetap sayangkan ayah apa..dah tak ader lelaki setanding ayah tau..alah,kat HKL ni semu tau ibu dah ader anak lelaki yg comey dan suami yg ala-ala AQASHAH bak kata adam..hihihi...

LaMaNya RaSa KaLu p KeLaNTaN WaKtu SiaNg..SeNgaL MoNtoTkU...


Ya Allah,mmg betul lah org kata kelantan ni jauh...mmg jauh siutt..kalu time p ari tu sekali tido jer tau2 dah sampai..ni,sampai sengal2 montot aku..berapa kali tido tak sampai2...dalam kepala ni dah pk nak balik KL,nak isi borang cuti nak balik kontan...dah 2 minggu tak balik ni...rindu nya kat insan2 tersayang..sapa lagi kalu bukan 2 lelaki yang cukup bermakna dalam idup aku...
terngiang2 kat telinga nih.."ibu bila nak balik...ibu berenti lah keja KL..ibu keja kat sini lah"...adussshhhh...mmg syahdu ya amat...satu2 nya anak kesayangan aku..kalu ikut hati ni mmg nak balik keja Kontan..susah senang aku ngan anak dan suami aku..
Cer tengok papan jalan tu.....:--
GUA MUSANG 92km
KUALA LIPIS 210km
KUALA LUMPUR 384km

Perrrhhhhhhhhhhhhhhhh......jauh lagi tuhhhh....napa lah jauh sangat...384km lagi tuh...mmg sengal montot aku...balik nanti mmg membuta dulu subject kat umah...
oooooo...balik KL...balik KLL..bla bla bla bla bla

Saturday, August 2, 2008

SeHaRI Di BuMi KeRaJaaN PaS

Kursus Pengurusan Rekod Dan Penulisan Minit Berkualiti
1hb-4hb Ogos 2008
Pusat Latihan Kesihatan
Tumpat,Kelantan

Suasana kelas yg cukup tenang....

Wednesday, July 30, 2008

TeNTaNg Dia....

Di airport kuantan..anto dia p Labuan bln 8/2007

..DIA SEBAGAI KAWAN @ SAHABAT..

ikhlas..sebagai kawan dan sahabat dia mmg tak ader tandingi...segala apa aku kongsi ngan dia..dia pendengar yg baik...penasihat yang baik..dan pengkritik yg cukup tegas..aku mmg beruntung tak semua suami boleh jadi kawan dan sahabat..tapi aku ngan dia,dia bukan saja suami dan ayah tapi kawan @ sahabat yg baik..

..DIA SEBAGAI SUAMI...

24hb mei 2008 genab 6 thn aku ngan dia menjalini kehidupan suami isteri...dia mmg suami yg cukup bertanggungjawap,penyanyang,pecinta dan pelindung...dia tak pernah abaikan tanggungjawap sebagai suami dan ayah..susah senang dia tak pernah mengeluh..tak pernah mengungkit...apa yg dia tahu nak tgk aku dan anak dia bahagia dan happy di sisinya...bagi aku aku beruntung mempunya suami mcm dia..bukan kerana harta tapi kerana kebijaksanaan dia dalam mengawal keadaan rumah tangga...apa saja kemahuan keperluan aku dan anak nya lambat ngan cepat pasti terlaksana...AYAH,IBU DAN ANAK SAYANGKAN AYAH..

..DIA SEBAGAI AYAH...

Tentang yg d atas mmg aku tak nafikan dia mmg ayah yg baik...aku puji sepuji puji nya(kombang lah idong dia)kakakkaka....kenapa aku kata cam tu..?kerana anak aku MUHAMMAD ADAM DANIAL MOHD AZIARDI mmg rapat ngan dia..rapat sangat...dia mmg manjer kan anak dia..bukan manjer..sayanggggg....dari tahu ngandung mmg dia nak anak lelaki...so bila dah dapat mmg dia jadi ayah sebaik baik nya...dia menjalankan tanggungjawap cukup CEMERLANG..

..DIA SEBAGAI KEKASIH...

Selain kawan,sahabat,suami dan ayah dia adalah kekasih idup mati aku...aku sayang kan dia..cinta kan dia..rindukan dia...dalam hati ni hanya dia...tak ader lelaki lain yg boleh setanding dia..bodoh lah aku tinggal kan dia hanya untuk lelaki lain kerana lelaki lain tak dapat tandingi dia..dia ader lah segalanya dalam hidup aku dan anak ku...dia kekasih selamanya untuk ku..

@@ ingat lah mcm mana kita kenal..kita di satu kan dan kita hadapi susah senang...kerana kepercayaan dan tolak ansur kita..kita jadi kita kini...AYAH,IBU SAYANG AYAH..AYA SEGALANYA DALAM HIDUP IBU...


LeLaki iNi...


aku kenal dia dah lama,dari sekolah rendah..walaupun satu sekolah rendah satu taman perumahan (ooppsss..bukan satu taman perumahan...pasal aku dok kampung belakang taman perumahan..hihihi)kami tak pernah bertegur sapa..dia ni dulu budak bola,so ramai juga lah peminat nya..alaaaa romeo kan..kiki...
nak d jadikan citer aku mula rapat ngan LELAKI INI waktu aku dan dia SPM..masa tu lah baru bertegur,itu pun dia tegur aku minta ni telepon..tapi aku tak bagi..soh cari sendiri..tub tub dia dapat no aku..pelik juga aku mana dia dapat..rupanya amik kat pago umah aku..kakakkakkakakka....kelako kan
tapi nak d jadikan citer berkenalan tak d sangka couple sebulan jer...korang tentu tak caya kan..tapi tu lah aku ngan LELAKI INI...sebulan ejr aku bercinta ngan dia..tub tub putus...masa isytihar putus tu aku bagi tahu satu jer kat dia...kalau ader joh kita,kita tak yah bercinta-cinta...kita kawin jer..hihihi...(ayat sejuk kan hati aku dan hati dia actuallynya)kalu ikut kan dia mmg tak nak putus ngan aku tapi ader lah sebab yg tak bleh nak d citer kan..
alhamdulillah....masin molot longkang aku nih...tak silap ujung tahun 1999 aku nampak muka dia balik..rupanya dia kawan arwah adik aku..tapi kami hanya bebalas senyuman jer....lepas adik aku "pergi" dia menjadi kawan aku..segala masalah aku masalah dia d kongsi bersama...tak sangka family ader rancangan baeeeeeeekkkk untuk kami..pada mula nya aku tak berkenan juga..bukan apa,aku anggap tak lebih dari seorg kawan..tapi abah aku..:-
ABAH : mcm mn akak ngan ***..?
adoi abah ni,tanya soklan maut
AKU : ler,org kawan jer lah ngan dia
ABAH :kawan jer....dia baik apa..jd menantu ok juga tuh..
abah ni apa lah rancangan nya..ader jer...adoii...jgn lah aku kawan jer...
tub..tub...2001 ayah dia datang jumpa family aku...ikut adat melayu tapi yg jenis terjun jer..kakkakakakakak...aku ngan LELAKI ini hangguk geleng2 lah..tu jer yg mampu...
tanggal 20 januari 2002 aku bertunang...(macam tak caya jer)..pastu 24 mei 2002 LELAKI INI sah menjadi suami ku...
alhamdulillah.....semuanya berjalan dengan baik...kini aku cukup bahagia dia bersama ku..dia menjaga aku cukup baik dan penuh kasih sayang...
korang nak tahu tentang dia...nanti aku nak citer....
@@jika LELAKI INI membaca blog ni..aku nak berterima kasih kerana menyayangi aku dan menjaga aku cukup baik sekali..KEHADIRAN MU CUKUP BERMAKNA DALAM HIDUP KU...I LOVE U SO MUCH...

Tuesday, July 29, 2008

GeRaMnYaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......

aku berasa nak menjerit ari nih...GERAMMMMMMMM nyaaaaaaaaaaaa.....mmg hampeih betul bos aku..tak kira aku nak maki juga..ikut suka dia jer nak marah2 aku tanpa sebab...mmg setan..patut lah tak kawin2,adab tak ader..dia jer betul...sori korang,aku geram ari nih...yang En Farid tu plak lagi sengal..aku dah minit surat mensyuarat dia,yg dia tak taking thinking tu apa kes...gini lah kalu keja ngan org tua...nak betul jer walaupun jelas dia salah...GERAMMMMMM nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............
dalam keadaan cam ni,ibu rindu adikkkkkkk.......adikkkkk ibu sorang kat sini...ibu rindu adikkk.....adik tak rindu ibu ker.....adik,tadi ibu kena marah ngan bos ibu,kalu ader adik pasti ibu jd kuat nak hadapi semua ni dik...tgk muka adik hilang sakit hati ibu..tapi kita jauh dik...IBU RINDU DIKKK....tadi ibu sedey,ibu tepon ayah tak dapat...sian ibu dikk......ibu tpn adik,tak ader yg angkat...adik p mana....adik tido ker....lama ibu tak tgk adik...tak pelok adik..tak cium adik...ibu rindu semua tu dik....rindu nak adik salam tangan ibu...bila adik buat h/w cium,ibu marah adik akan cium pp ibu...ibu tido adik cium ibu...ibu dah lama tak rasa semua tu....adikkkkkkkkkkkkkkkk......ibu rindu adikkkkk....
ayah......napa ibu call tak dapat...napa ayh tutup hp...ibu tgh sedey tadi....ibu nak kongsi ngan ayah...nak citer ngan ayah yg ibu sedey sgt ari nih.....kalu ayah dekat ngan ibu boleh lah ibu citer dan kongsi masalah ibu...ibu tak sker keja kat sini yah...ibu sorang yah kat sini....ayah...............napa tutup hp....ibu rindu ayah...rindu adamm....ayahhhhhhhhhhhhhhh....


###seksanya merindu.....................Ya Allah,aku redha dengan dugaan Mu ini...

SeKaDaR NaK SaY MoRNimm...RiNDu..

Aku baru sampai nih...perhh jalan KL ni sungguh menyengal kan kaki..adoii..akhirnya selamat sampai juga lah aku kat opis nih..7.27pg tertera kat punch card aku..selamat...hihi..ingatkan lambat tadi..actuallynya i want to say "GOOD MORNING"..that its...hihi
bukan aku bangun lewat atau apa cuma saja melambat kan diri..perut ni tetiba memulas dan berhempas pulas..sakit ya amat...tu yg aku saja melambatkan diri tuh..semalam tido awal juga,dalam jam 12 lepas baca satu blog pondan ni...oh,teringin aku kongsi ngn korang..semalam aku dapat lah satu blog dari kawan baik aku nih..blog pondan...kakkakkaka...mengekek aku gelak kalu korang nak tahu..mmg kelako giloss...sakit2 hati aku baca,bayang kan kuat tak kuat aku gelak sampai cousin aku yg sememang nya tido mampus selama ni bleh terjaga dengar aku gelak...mmg tak terkawal diri...
korang tahu lah bahasa pondan,mmg kasar gilos tapu lucu bangat...kalu baca ayat dia "molot longkak" mmg depa pegang lah...setan jer..tapi mmg best lah aklu time sedey baca blog dia nih,sedey tu tinggal suku...
semalam juga aku rindu anak kesayangan aku...rindu sgt...bila rindu video kat hp aku lah pengubatnya..tgk rakaman keletah dia..kalu gambo tak gerak ni rakaman..tgk dia nyanyi..dia menari,dia jerit,mcm mcm lah...adik,ibu rindu adik lah..kekadang sedar2 dah pagi...ermm...ok2 aku tak nak sedey,biar lah sedey tu aku simpan..yg pasti sebagai ibu aku nak yg terbaik untuk dia..ayah,tolong jaga anak kesayangan kita ekk....

##BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU


Sunday, July 27, 2008

SeSeKaLi PeKeNa MaSaKaN KaMpuNg,MMg BesT LaH.....

Comey tak c penghuni baru umah
ayam rempah..best giloooosss..
kerabu ulam..yg ni lah pembuka selera
sambal tumis syutong...
sambal belacan..perhhh...best siuttt

Minggu ni aku tak balik ktn so,nak memenuhi aktiviti mingguan aku join lah MY LOVELY cousin aku ker titiwangsa..korang pasti dah tahu kan,tgk pic2 aku tuh...perhhh...leleh siuttt...
Majlis cukur jambul anak adik cousin aku nih..adik dia tu cousin aku lah..apa ker lombab korang nih..hiihi...dok kat KL ni mmg susah lah nak rasa masakan kampung..yg ader sambal belacan kau2..nak rasa kerabu ulam..nak rasa gulai lemak yg lemak..nak rasa sambal tumis udang ker sotong ker...mmg payah lah...semuanya masakan ala "IndOn",dah mcm mana..kalu nak rasa masakan ibunda kena p umah maklong yg aku yg sebelah umah nih..tak kan nak ngadap ari2 kan..kang gosip plak kata kami2 kazi ni tak masak langsung..bukan tak nak masak tapi dok 2 org,balik keja penat..tak koser nak masak..
abih baca doa potong jambul,acara makan..aku apa lagi dah lama tak pekena semua tu kan..depan sekali lah jwpnya..hihi..nasi tak amik bnyk mana,cuma lauk pauk tu..ngan pedas nya,ngan ulam nya...mmg menbuka nafsu..nafsu makan tau,bukan nafsu len..hihihi...
##TAK SABO NAK BALIK KTN,NAK RASA MASAKAN MAK....

Friday, July 25, 2008

BiLa RaJa BuaH MeNgGaNaS..


dari pagi tadi aku buat2 bz..sibuk lah konon,tapi kekdg buat bz jer yg lebih.."biasalah kerajaan"<--bukan aku kata but kawan2 aku yg kata..depa dengki lah tuh aku dapat kerajaan..hihi.. oh ya,aku ader cerita nak d kongsikan..baru ni aku bercuti,p mana lagi balik kampung lah...jumpa "insan tersayang"hihii..sepanjang aku kat sana mana aku tak jumpa..musim dia dah nih mak aku kata..p pasar malam ader..p bandar ader..supermarket ader..dalam east cost mall tu pun ader...kuat betul penangan dia..glamour tol..ramai tol yg sker..tapi yg nyata aku tak makan ekkk..entah napa tak tahu..org kata lah gred apa pun dia aku tak heran..bukan aku tak makan terus..makan tu makan tapi tak banyak lah..kalu org len bleh makan sebiji dua biji aku seulas jer lah...nak merasa...bukan apa bau dia tu,senak otk aku nih..hihi..menusuk ke ulu jantung..tapi kan "poyak" aku pelahap plak..kalu mak aku buat perhhh hingga menjilat sudu lah sambal poyak tuh..hihi..PELIK kan..? Adoi lah durian..ko mmg lah RAJA BUAH...hihihi

Thursday, July 24, 2008

RiNDuNya.....


cepatnya masa berlalu...rasa cam semalam jer baru bersama...aduusshhh...siksa nya rindu nih kan...apa lah ubat rindu...kenapa lah aku di uji dengan rindu nih...tak sanggup rasanya d belenggu rindu ni..tapi apa boleh buat ini ujian rindu yg aku kena terima...PEERRRRRHHHHHH......jiwang siuutttttt....
tu lah...rindunya aku pada 2 leleki ini...sapa mereka..?ni nak citer nih...kalu korang nak tahu tu lah ank kesayangan aku dan hubby tercinta aku..c kecik aku tu dah nak masuk 5thn ujung tahun ni...cepat betul besar dia ni,rasa cam tua dah aku..(tua hanya usia tapi jiwa maintanin...)ermm..kalu dulu aku baringkn dia akan baring..aku duduk kan dia akan duduk..aku agah dia akan senyum,mengekek<--(org pahang kata)dia ketawa..tapi skrg dah bleh jadi teman gadoh aku tuh..aku ingat lagi dan akan sentiasa ingat..(ibu nak kena lestik..adam lestik kang..)siap ngan aksi tuuu...hihi..anak2...kekdg bila d ingat balik nak gelak pun ader..besar dah putera kesayangan ibu nih...bila d pk tak sangka aku dah ader anak..berusaha suami isteri nak ader kan apa yg anak nak..pendek kata semua lah..bukan nak memanja kan atau bukan apa cuma kalu boleh apa yg aku hajat aku nak masa aku kecik dulu aku boleh ader kan apa yg anak aku minta...nak lakukan sebaik mungkin untuk anak..kalu boleh tak nak bezakan anak2 aku nanti...
alamak..semangat bercerita lupa nak bagitahu korang nama anak kesayangan aku nih..nama nya siap ngan nama ayah dan nama yg ikut surat beranak ialah MUHAMMAD ADAM DANIAL BIN MOHD AZIARDI..nama ni mmg aku simpan dari zaman bujang lagi..mmg sker nama nih..siap janji ngan kengkwn lama,sapa dulu beranak dia akan guna nama nih..hihi...

SAPA PLAK LELAKI ala2 AQASHAH TU<<---haha..(AQASHAH kerrrrr)tentu ni soklan korang kan..ler,dah ader anak tentu lah anak tu ader ayah..sah2 lah ayah kepada budak comel tu..hihi..untuk pengetahuan korang itu lah MY LOVELY HUBBY dalam hidup aku..lelaki kedua kesayangan aku..dah 6thn aku ngan dia mengharungi susah senang..tu org kata nikmat dan hikmah perkahwinan..dalam erti kata len bercinta dalam ikatan sah..hihi...6thn bukan jangka masa yg pendek..lama tuh..kalu bercinta erti kata len ader bertahan sampai 6thn...(aku geleng,,angguk2 geleng2..)..x ader..caya lah..kalu ader mmg hebat dia mereka mengharungi dugaan..nama..?pasti..ader nama anak ader juga lah nama hubby aku kan..nama dia MOHD AZIARDI BIN ABDUL MALEK..bagaimana aku kenal dia,bagaimana percintaan kami,bagaimana cara kami mengharungi apa jua rintangan...len kali aku citer..hihi..kang tak suprize lah kan..hihi..

Buat MY LOVELY HUBBY..terima kasih diatas kepercayaan,kasih sayang,dan apa juga lah yg di lakukan untuk ibu selama ni...ibu amat menghargainya sampai ujung nyawa ibu..kerana ibu sayang sangat kat ayah..dalam hati ni tak ader lelaki lain sehebat ayah..ayah kena ingat tu..
Buat anak kesayangan ibu..ibu sayang adam..sayang sgt..adam nyawa ibu tau...ibu sentiasa doakan kesejahteraan adam..kerana apa..?kerana ibu kan ibu adam dan adam manjer ibu kan...uwaaaaa

pertama kalinya -- TeNtaNg aKu




Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga lah nak wat blog sndiri...tak sabonya nak cerita...nak luah...hihihi...

1st aku nak kenal kan diri lah...aku seperti yang korang tgk kat atas lah...tu lah aku sekarang...maintain comey..maintain ayu...jap jap....aku nak tengok apa yg lain kat muka aku...errrrrmmmmm....aku nampak "PUTIH" sikit...hahhaha..(perasan nya lah aku kan)..alah,kalu bukan aku yg puji diri aku tak kan korang nak puji kan...korang lagi hampeh...pasti kutuk kau-kau aku kan....tapi betul,kawan kawan lama yg jumpa aku itu lah yg mereka katakan..."Laila,ko putih lahsekarang,kurus lah sekarang"poyo kan..hihih...yang pasti aku sendiri mmg sedar yg aku dah banyak berubah..baik dari fizikal baik penampilan...abah kesayangan aku pun ader bagitahu tau..muka aku putih pucat..

abah : yong(nama indah panggilan aku dari kecil)..napa muka nampak putih pucat nih...

tu jer lah ayat abah aku bila jumpa aku...ader jer dia...hihi..abah-abah,anak abah ni dah beso...dah pandai melawo....tgk abah lah,abah ensem anak abah mesti lawo..kakakkakaka...

so...cukup lah aku citer tentang aku....cukup lah juga korang tgk pic2 aku...berubah tak berubah korang nilai k....hehehehehe